fbpx

Suami isteri warga Thailand dicekup cuba seludup tepung, minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah trak pikap yang membawa tepung gandum dan minyak masak peket bernilai lebih RM1,500 ditahan di ICQS Bukit Bunga, Tanah Merah semalam. - Foto IHSAN KPDNHEP KELANTAN

TANAH MERAH – Cubaan sepasang suami dan isteri warga Thailand untuk menyeludup 530 kilogram (kg) tepung gandum dan 102 kg minyak masak peket bernilai lebih RM1,500 gagal semasa mereka melalui Kompleks Imigresen Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini semalam.

Pasangan yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika mereka menaiki sebuah trak pikap dan melalui ICQS untuk pulang ke negara mereka.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota penguat kuasa KPDNHEP dan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Bersepadu di pintu masuk Malaysia-Thailand.

Menurutnya, semasa melakukan pemeriksaan di ICQS Bukit Bunga, anggota bertugas mengesan sebuah trak pikap milik warga Thailand yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Pihaknya menjalankan pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan tersebut sebelum menemui tepung gandum seberat 530 kg yang dianggarkan bernilai RM1,272.

“Selain itu, anggota penguat kuasa turut menjumpai 102 kg minyak masak peket yang bernilai RM255,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azman, suspek lelaki direman selama empat hari di Balai Polis Tanah Merah di sini manakala isterinya,Balai Polis Batang Merbau untuk siasatan lanjut.

Katanya, KPDNHEP Kelantan memberikan amaran keras kepada individu yang menjalankan kegiatan penyeludupan dan tindakan tegas akan diambil.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI