fbpx

Suami isteri nyaris maut, kereta terbabas jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mangsa yang cedera selepas kereta dinaikinya bersama suami terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Batu 7, Jalan Tapah-Cameron Highlands, Tapah hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

TAPAH – Suami isteri nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter di Batu 7, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian sekitar pukul 8 malam membabitkan kereta jenis Proton Saga yang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Shah Alam.

Katanya, semasa melalui lokasi kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas sendiri masuk ke dalam gaung.

“Akibat kemalangan itu, wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan terseliuh tangan kanan manakala suaminya tidak cedera.

“Kemalangan berlaku di laluan selekoh dan basah. Kenderaan terlibat mengalami kerosakan di pelbagai bahagian.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI