fbpx

Remaja ditemui kaku dalam Tasik 3 Beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat remaja yang lemas ketika mandi di Tasik 3 Beradik, Seri Alam, Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Hasrat dua sahabat bermandi-manda di Tasik 3 Beradik, Seri Alam, Pasir Gudang di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa berusia 15 tahun ditemui mati lemas manakala rakan sebayanya berjaya diselamatkan.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd. Rizal Buang berkata, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang digerakkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 9.57 pagi.

Katanya, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat dua orang mangsa telah lemas ketika sedang mandi di tasik tersebut.

“Seorang mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum PKO sampai di lokasi dan mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kedua berjaya dijumpai PKO berada di dalam tasik kira-kira sedalam 10 kaki dan sejauh tujuh meter dari tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

Katanya, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI