fbpx

PRU15: Kemenangan penting demi rakyat, pembinaan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir ketika berucap pada program CSR Pendidikan YPM di Kuala Nerang, hari ini.

KUALA NERANG – Barisan Nasional (BN) melihat kepentingan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini adalah demi rakyat dan pembinaan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu sentiasa menjadi keutamaan kepada BN dan bukanlah percaturan politik semata-mata seperti yang berlaku antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam sebuah negara demokrasi yang ada pilihan raya ini, setiap mereka yang masuk bertanding itu mesti mempunyai impian untuk menang.

“Jadi akan ada macam-macam taktikal dan strategi akan dibuat. Kalau mereka boleh buat, mereka akan buatlah termasuk Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Naka dekat sini hari ini.

Kata beliau, ia termasuk ‘berkawan’ dengan sesiapa sahaja asalkan dapat memenuhi impian tersebut.

“Saya tidak fikir naratif politiknya berkaitan dengan rakyat. Ia masih berlegar dalam satu kelompok dan sistem sama.

“Datuk Seri Anwar dan Tun Mahathir ini, nama yang sudah berpuluh-puluh tahun. Gaduh pun sejak tahun 1998 sampai sekarang. Sekejap baik sekejap tidak baik, sekejap cium mulut, lepas itu tidak cium mulut,” ujarnya.

Justeru, Mahdzir meminta rakyat untuk menilai sendiri perkara tersebut dan memberi ruang kepada ahli politik lain untuk memimpin negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI