fbpx

Polis cedera ditembak isteri keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BANGKOK – Seorang pegawai polis cedera ditembak isteri keempatnya yang hamil ketika sedang bertugas di sebuah balai polis di Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian tersebut berlaku tengah malam Jumaat lepas ketika Leftenan Kolonel Polis Kasityos Phraekhao berehat seketika daripada tugasnya di luar Balai Polis Phra Khanong.

Menurut beberapa saksi, mereka melihat seorang wanita hamil bertengkar dengan Kasityos dan situasi tersebut menjadi semakin tegang sehingga suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arahnya.

Tembakan tersebut mengenai bahagian kiri mangsa sebelum dia dipapah masuk ke dalam balai polis oleh seorang pegawai lain yang turut cuba menenangkan isterinya yang sedang marah.

Wanita berkenaan kemudian menyerah diri dan ditahan polis serta akan didakwa kerana memiliki senjata api tanpa permit di kawasan bandar dan cuba membunuh anggota yang sedang bertugas.

Polis Phra Khanong kemudian tampil memberi kenyataaan bahawa insiden itu tiada kaitan dengan jabatan tersebut kerana ia merupakan masalah rumah tangga antara mangsa dan isterinya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tidak dijelaskan punca pertengkaran antara mangsa dan suspek, namun dia dikatakan mempunyai empat orang isteri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI