fbpx

Britain, Australia mahu bina stesen janakuasa elektrik di angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stesen janakuasa tersebut diharap dapat mengumpul cahaya matahari dan menukarnya menjadi kuasa serta memancarkan ke Bumi untuk disalurkan ke Grid Nasional. – Getty Images

LONDON – Kerajaan Britain dan Australia dilaporkan sedang mengadakan perbincangan untuk membina sebuah stesen janakuasa di angkasa lepas sebagai usaha mencegah krisis tenaga akibat perang  Russia-Ukraine daripada berulang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Stesen janakuasa tersebut diharap dapat mengumpul cahaya matahari dan menukarnya menjadi kuasa serta memancarkan ke Bumi untuk disalurkan ke Grid Nasional.

“Ini bermaksud kedua-dua negara tidak lagi dikawal oleh negara yang menyediakan perkhidmatan tenaga (Russia). 

“Dengan keupayaan menjana sendiri tenaga, Britain dan Australia dapat menggunakan rangkaian bekalan elektrik untuk menentukan harga tenaga mereka kepada pengguna,” kata Jurutera Australia yang berpangkalan di London, James Bunn.

Kedua-dua kerajaan dilaporkan membincangkan pelan tersebut bersama syarikat perunding antarabangsa, Frazer-Nash.

Sekiranya skim tersebut mendapat kelulusan, ia akan membantu London dan Canberra mencapai sasaran pelepasan sifar karbon. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI