fbpx

Amaran ribut petir di 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan buah negeri sehingga 10 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, cuaca buruk tersebut dijangkakan melanda Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Hujan lebat dijangka berlaku di Perak meliputi Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.

“Sementara itu di Selangor kawasan terlibat adalah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Di Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan pula katanya, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda seluruh kawasan.

“Di Sarawak pula hanya meliputi Kuching (Lundu) dan Miri manakala di Sabah, hujan lebat dijangka berlaku di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI