fbpx

Xi Jinping terus berkuasa untuk penggal ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jinping (paling kiri) berjalan selepas diumum berjaya meneruskan penggal ketiga di Great Hall of the People di Beijing hari ini. – AFP

BEIJING – Xi Jinping berjaya meneruskan penggal ketiga sebagai pemimpin China hari ini dan melantik beberapa sekutunya dari Parti Komunis, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin paling berkuasa di China sejak era Mao Zedong.

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China memilih Jinping sebagai Setiausaha Agung bagi tempoh lima tahun akan datang, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada parti atas kepercayaan yang diberikan kepada kami,” kata beliau kepada pemberita di Great Hall of the People selepas keputusan undian tertutup diumumkan.

Beliau turut berjanji untuk bekerja keras bagi membuktikan kepercayaan yang diberikan kepadanya adalah berbaloi.

Jinping selain itu turut dilantik semula sebagai Ketua Suruhanjaya Tentera Pusat China.

Pemipin berusia 69 tahun itu dilaporkan kini pasti akan meneruskan penggal ketiga sebagai Presiden China, yang akan diumumkan secara rasmi ketika sesi perundangan tahunan pemerintah pada Mac depan.

Pelantikan Jinping itu dilakukan selepas kongres selama seminggu yang dihadiri 2,300 delegasi parti tersebut.

Kongres ke-20 itu antara lain turut melantik Jawatankuasa Pusat yang terdiri daripada kira-kira 200 pegawai kanan parti yang kemudian berkumpul hari ini bagi memilih Jinping dan beberapa Jawatankuasa Tetap, barisan tertinggi dalam kekuasaan politik Beijing.

Sejak bergelar pemimpin sedekad lalu, Jinping telah meningkatkan kekuasaannya termasuk menghapuskan had dua penggal presiden pada 2018.

Beliau turut meningkatkan kekuasaan China sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, mengembangkan pasukan tentera dan mencapai lebih banyak kedudukan global yang mendapat tentangan hebat dari Amerika Syarikat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI