fbpx

Volodymyr Zelenskyy gesa dunia serang Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. - AFP / Daniel Roland

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meminta masyarakat dunia agar memberi amaran kepada Russia bahawa ia akan menghadapi tindak balas ketenteraan dengan segera sekiranya memutuskan menggunakan senjata nuklear terhadap Kiev, lapor laman berita RT semalam.

Dalam satu wawancara bersama stesen penyiaran CBC dan CTV minggu ini, Zelenskyy memberitahu bahawa Russia telah menggunakan taktik pemerasan ‘pengganas’ selain mendakwa bahawa Moscow hanya ‘memahami bahasa kekerasan’.

Menurut Zelenskyy, Russia berulang kali mengancam untuk menyerang ‘pusat pentadbiran’ di Ukraine termasuk membuat ancaman mengenai senjata nuklear. Beliau menggesa dunia untuk bertindak balas sekiranya serangan sedemikian berlaku.

“Ia tidak kira sama ada Ukraine adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) atau tidak,” katanya sambil menambah bahawa tiada sesiapa harus dibenarkan ‘memeras ugut negara lain’ seperti seorang pengganas.

Jelas Zelenskyy, dunia harus memberitahu Russia bahawa: “Jika anda menyerang Bankova Street (Pejabat Presiden Ukraine), akan ada serangan di lokasi anda berada.”

“Jika Moscow benar-benar menyerang Kiev, perlu ada ‘serangan di pusat pentadbiran’ di Russia pada ‘saat berikutnya’ tanpa mengira akibat daripada serangan itu,” tambahnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI