fbpx

Vivy hampir jadi mangsa penyeluk saku di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USAHAWAN popular, Vivy Yusof bercuti di London, United Kingdom bersama anak-anaknya.

PETALING JAYA – Bercuti di negara maju seperti United Kingdom (UK) tidak menjanjikan keselamatan 100 peratus dan perihal itu terjadi kepada personaliti televisyen popular, Vivy Yusof  apabila dia hampir menjadi mangsa penyeluk saku di bandaraya elit, London.

Vivy atau nama sebenarnya, a Vivy Sofinas Yusof, 34, berdepan detik cemas menceritakan dengan terperinci setiap kejadian yang terjadi sepanjang hari pertama berada di sana bersama keluarganya.

“Saya hampir diseluk saku di Jalan Oxford semasa mendukung Idris, dan tangan sebelah lagi sedang memegang Sarah.

“Seorang perempuan tiba-tiba menyeluk tangannya ke dalam beg tangan saya manakala rakannya sedang berada dalam posisi bersedia untuk membantu.

“Syukur kepada Allah lampin Idris berada di atas sekali lalu saya terus menjerit ke arah dua wanita terbabit,” ujar usahawan wanita itu.

Sementara itu, wanita bekerjaya itu sempat berkongsi babak kelam-kabutnya menguruskan anak-anaknya bersama suaminya tanpa bantuan dari pembantu sepanjang hari pertama di London.

Menurutnya, selain berdepan situasi cemas dia juga sibuk melayan karenah anak-anaknya yang menunjukkan pelbagai ragam.

“Mariam dan Sarah sering bergaduh manakala Daniel pula menangis nak balik Malaysia sewaktu makan tengah hari disebabkan apartmen kami tidak menyediakan Wi-Fi.

“Idris pula kuat makan hingga perlu menukar lampinnya berkali-kali namun ada ketika di Selfridges apabila ingin menukar lampin Idris, bilik menukar lampin itu tidak boleh dibuka. Kenapa buat bilik untuk bayi tetapi dikunci?

“Ada ketika dimana Idris dan Sarah tidur pada waktu yang sama dan kami harus bergilir menggendongnya kerana kami cuma ada satu kereta sorong,” rungut Vivy.

Dalam pada itu, dia juga berkongsi pendapat mengenai apartmen yang diduduki olehnya sekeluarga yang tidak mesra kanak-kanak.

Hal ini kerana, apartmen tersebut dipenuhi dengan radiator panas dan dia kerap menghalang Idris daripada merangkak disebabkan risau anaknya itu akan menghampiri dan terbakar.

Walaupun terpaksa melayan karenah anak-anak, Vivy sempat mengambil beberapa keping gambar menunjukkan pakaian yang digayakan olehnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI