fbpx

Tiga parah 12 cedera ringan kemalangan babit dua bas persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlanggaran dua bas persiaran mengakibatkan tiga parah selain 12 cedera ringan dalam kejadian di Jalan Pantai berhampiran Harbour City malam tadi.

KOTA KINABALU – Perlanggaran dua bas persiaran mengakibatkan tiga parah selain 12 cedera ringan dalam kejadian di Jalan Pantai berhampiran Harbour City malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.08 malam.

Seramai 10 anggota termasuk pegawai bersama jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan van digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua bas persiaran dipercayai salah sebuah bas persiaran berkenaan melanggar sebuah lagi bas persiaran yang berada di hadapan.

“Terdapat 15 mangsa yang terbabit. Tiga mangsa parah manakala 12 cedera ringan dan semua mereka dari bas persiaran di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) menggunakan ambulans dan van bomba sebelum operasi ditamatkan pada pukul 8.18 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI