fbpx

Syarikat Russia tawar pengalaman dikebumikan hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIKAT itu menawarkan peluang kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam upacara pengebumian mereka sendiri. - Getty Images/iStockphoto

MOSCOW – Sebuah syarikat di Russia menawarkan khidmat kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam acara ‘pengebumian’ mereka sendiri dan merasai pengalaman dikebumikan hidup-hidup dengan bayaran AS$57,000 (RM270,066), lapor akhbar New York Post semalam.

Pengasas syarikat tersebut, Yakaterina Preobrazhenskaya mengumumkan tawaran itu awal minggu ini untuk membantu para pelanggannya menzahirkan ‘kebolehan psikik’ bagi menangani ‘ketakutan dan kebimbangan’ selepas pengebumian.

Ketika berkongsi mengenai tawaran itu dalam satu hantaran di Instagram, Preobrazhenskaya menyifatkan ia sebagai satu ‘simbol sebenar dengan berjuang untuk diri sendiri dan masa depan yang bahagia’.

Dua pakej telah ditawarkan kepada pelanggan termasuk ‘pengebumian online’ yang berharga AS$15,000 (RM71,070) sebagai ‘terapi tekanan untuk ketakutan dan kebimbangan’, dan ‘pengebumian penuh’ dengan menguburkan pelanggan sehingga satu jam.

Bagi pelanggan yang membiayai pakej ‘pengebumian penuh’, mereka turut disertakan dengan upacara keagamaan menyeluruh dan ‘kebangkitan semula’ yang sepatutnya memperbaharui ‘keinginan mereka untuk hidup’. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI