fbpx

Simona Halep ikrar pertahan maruah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALEP digantung seketika selepas sampelnya mengandungi bahan terlarang. – AFP

PARIS – Bekas pemain No.1 dunia, Simona Halep menegaskan dia akan terus berjuang untuk membersihkan namanya selepas didakwa mengambil bahan terlarang menyebabkannya gagal dalam ujian doping.

Menurut Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) sampel Halep yang diperoleh mereka pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) Ogos lalu me­ngandungi roxadustat iaitu bahan yang digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami masalah buah pinggang.

Disebabkan itu, Halep yang kini menduduki ranking No. 9 dunia dimaklumkan pada 7 Oktober lalu berkenaan perkara tersebut dan digantung sementara sehingga semua siasatan selesai dilakukan.

“Hari ini saya berdepan ‘perlawanan’ paling sukar dalam hidup saya untuk perjuangkan kebenaran.

“Saya telah dimaklumkan bahawa saya telah diuji positif mengambil roxadustat dalam kuantiti yang sangat rendah dan pengumuman tersebut adalah kejutan terbesar dalam hidup saya.

“Sepanjang kerjaya saya, idea untuk menipu tidak pernah terlintas di fikiran saya, kerana ia sama sekali bertentangan dengan didikan saya selama ini. Menghadapi situasi yang tidak adil itu, saya keliru dan rasa seperti dikhianati.

“Saya akan berjuang sehingga akhir untuk membuktikan bahawa saya tidak pernah mengambil apa-apa bahan terlarang dan saya percaya bahawa kebenaran akan terbongkar.

“Ini bukan soal tentang gelaran atau wang. Ini tentang penghormatan sepanjang saya berada dalam sukan ini sejak 25 tahun yang lalu,” kata Halep.

Doping melibatkan bintang tenis dunia kali terakhir dikesan pada 2016 selepas Maria Sharapova gagal dalam ujian semasa Terbuka Australia.

Sharapova dikesan positif bahan terla­rang meldonium menyebabkan jaguh tenis Rusia tersebut digantung oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa selama dua tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN