CANTIK macam bidadari apabila pelakon Sherry Ibrahim tampil dengan imej mengenakan purdah ketika menghadiri sebuah majlis agama yang dianjurkan oleh Neelofa baru-baru ini.
Sudahlah orangnya memang cantik. Apabila Sherry tampil manis mengenakan jubah labuh dan berpurdah, bertambah-tambah berseri auranya sekali gus mencuri perhatian netizen yang menyukai imej tersebut.
Sherry turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama Neelofa sehingga membuatkan netizen keliru kerana kedua-duanya mirip seperti pasangan kembar.
Rata-rata memuji dan berdoa semoga aktres berusia 39 tahun itu terus istiqamah mengenakan purdah.
“Masya-Allah cantiknya,” puji seorang netizen.
“Alhamdulillah. Semoga kekal istiqamah,” ujar seorang lagi peminat lain.
Diva rasa seronok pula tengok semakin ramai selebriti hadir ke majlis-majlis agama mencari ilmu. Moga lebih ramai lagi artis di Malaysia menuju ke arah kebaikan.
DIVA: Nak kongsi apa-apa berkaitan ‘topi’ dan ‘nasi’ selepas ini kena berhati-hati. Takut kena saman pula nanti!