fbpx

Santuni pesakit kanser, Fazura, Fattah dipuji ‘humble’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN popular ini sering menjadi tumpuan atas sikap ramah mereka terhadap semua orang.

JIKA sudah namanya Fazura dan Fattah Amin, apa sahaja yang dilakukan atau dikongsi dalam media sosial pasti menuai perhatian ramai.

Terbaharu, pasangan popular itu dipuji ramai apabila berkunjung ke Institut Kanser Negara di ibu negara baru-baru ini.

Macam-macam pujian yang Diva baca daripada netizen termasuklah kagum dengan sikap rendah diri pasangan tersebut.

“Bagusnya Fazura, tak ralat pun nak sentuh pesakit kanser,” komen netizen.

“Fazura dan Fattah tak kekok langsung nak bergaul dengan orang lain tanpa mengambil kisah tentang pangkat atau darjat,” puji seorang pengguna TikTok.

Diva pun kagum juga melihat Fazura yang sangat ramah dalam mendekati para pesakit kanser di situ.

Semoga usaha murni sebegitu menjadi contoh untuk lebih ramai selebriti tanah air turun padang bagi menyantuni golongan yang memerlukan.

DIVA: Ramai sungguh peminat Rizky Febian di Malaysia. Dengarnya ada yang bergaduh merebut tempat ‘siapa yang beratur dulu’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI