fbpx

PRU15: Tiga jawatan TPM jika BN menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid (dua kanan) ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon Tiga melibatkan Kimanis, Papar, Beaufort dan Sipitang di Kimanis Commercial Centre pada Ahad.

PAPAR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dipegang tiga individu berbeza berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Ahmad Zahid turut mengesyorkan supaya cadangan itu disenaraikan sebagai salah satu manifesto BN Sabah kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya BN dominan membentuk kerajaan di Putrajaya.

“Saya berpendapat bukan suatu masalah sekiranya jawatan TPM itu dipegang oleh tiga individu.

“Hal ini adalah pendekatan baharu yang dicadangkan BN agar BN Sabah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan BN Semenanjung dapat masukkan sebagai manifesto.

“Saya yakin PM akan terima cadangan ini kerana jawatan TPM tiada dalam Perlembagaan. Sebab itu tiada jawatan TPM, yang ada menteri kanan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon Tiga melibatkan Kimanis, Papar, Beaufort dan Sipitang di Kimanis Commercial Centre di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid ketika berucap turut mengambil contoh terdapat negara jiran yang melantik enam Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, Ismail Sabri ketika diminta mengulas mengenai cadangan terbabit menegaskan, segala yang terkandung dalam manifesto BN bukan suatu pembohongan.

“BN tak pernah berbohong dari segi manifesto. Oleh kerana ini merupakan manifesto BN, maka wajib kita akan laksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto.

“Timbalan Perdana Menteri bagi Sabah, Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI