fbpx

PM beli tiga baju untuk sambutan Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri memilih pakaian tradisional masyarakat India di kedai pakaian Bollywood di Little India Brickfields, hari ini. - Foto AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Tiga baju tradisional berwarna biru, putih dan coklat sempat dibeli Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu meluangkan masa meninjau Brickfields di sini, sempena sambutan Deepavali.

Ketiga-tiga baju tersebut dibeli di kedai pakaian Bollywood di Little India Brickfields dan difahamkan, ia akan dipakai sewaktu kunjungan rumah terbuka sambutan Deepavali.

Menerusi tinjauan beliau di sini, Ismail Sabri terlebih dahulu berkunjung ke tapak lokasi Pesta Deepavali Brickfields 2022 yang diadakan bermula 14 Oktober lalu sehingga 24 Oktober ini.

Beliau menyaksikan persembahan nyanyian, menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan serta beramah mesra dengan masyarakat India di situ.

Tinjauan beliau seterusnya di Little India Brickfields serta membeli pakaian tersebut di samping beramah mesra dengan pengunjung sebelum bergerak meninggalkan lokasi.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kunjungan Ismail Sabri ke Brickfields menunjukkan beliau membela nasib dan prihatin terhadap pembangunan masyarakat India.

“Beliau sempat beli tiga baju untuk dipakai bersama masyarakat India apabila menghadiri rumah terbuka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI