AMBOI Anzalna. Anak keduanya, Emirhan baru berusia lima bulan, dengar cerita dah tak sabar suruh membesar cepat sebab nak bagi adik katanya!
Netizen pun bukan main sokong minta Anzalna beranak ramai-ramai. Bukan apa, sebab geram sangat tengok wajah kacak Emirhan walaupun masih lagi kecil.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Anzalna dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 34 tahun itu berkongsi foto terbaharu Emirhan.
Perkongsian itu sekali gus menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila teruja melihat wajah bayi itu yang comel dan putih gebu, persis seperti anak ‘mat salih’.
“Selamat berusia lima bulan Emirhan! Membesarlah dengan cepat. Mommy tak sabar nak bagi adik!” seloroh Anzalna.
Permintaan pelakon itu mendapat ‘restu’ daripada peminat apabila dia diminta untuk beranak lagi kerana baka yang dilahirkan semuanya elok-elok.
“Mommy bersalin tiap-tiap tahun pun okey. Baka elok. Kalau anak lelaki, kacak betul. Kalau perempuan, satu Malaysia cair,” kata seorang pengikutnya.
“Kacaknya! Mommy beranak banyak-banyak pun tak apa,” ujar seorang lagi netizen.
Diva yang baca permintaan netizen pun tiba-tiba rasa seram. Dia ingat Anzalna kilang memproses bayi ke?
DIVA: Jadi ‘ketagih’ pula setiap hari putar lagu Jika versi Arab nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.