fbpx

Joe Biden suarakan hasrat bertanding semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN melangkah turun daripada helikopter rasmi, Marin One di Lewes, Delaware kelmarin. - AFP

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang paling tua, Joe Biden berkata kelmarin bahawa beliau mahu bertanding semula pada pilihan raya Presiden 2024, manakala isterinya, Jill menyokong hasrat tersebut.

Komen Biden dalam temu bual bersama stesen MSNBC itu menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran pemerhati-pemerhati politik di Washington menjelang sambutan hari lahir beliau yang ke-80, bulan depan.

“Saya belum membuat keputusan rasmi itu tetapi ini adalah hasrat saya, niat saya untuk bertanding semula, dan kami mempunyai masa untuk membuat keputusan ini,” kata Biden kepada MSNBC.

Ditanya tentang pendapat isterinya berhubung perkara itu, Biden berkata, Jill menyokong hasratnya.

“Isteri saya berpendapat bahawa kami sedang melakukan sesuatu yang sangat penting dan saya tidak sepatutnya meninggalkannya,” kata Biden.

Biden sebelum ini berkata bahawa beliau mahu bertanding semula, namun ada kalanya Pre­siden AS itu menyuarakan keraguannya. Dalam temu bual bersama stesen televisyen CBS pada September lalu, Biden berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan dan beliau memerlukan sedikit masa.

Biden juga menyebut dirinya sebagai ‘seorang yang menerima takdirnya’.

Dalam komen beliau kelmarin, Biden pergi lebih jauh daripada sebelumnya dalam menjelaskan alasan beliau untuk kembali bertanding. 

Sekiranya dipilih semula, beliau akan berusia 86 tahun apabila menamatkan penggal kedua­nya.

Menurut Biden, percubaan Donald Trump untuk kembali ke White House menjadi salah satu motivasinya untuk bertanding semula.

Tekanan dijangka meningkat ke atas Biden untuk memuktamadkan keputusannya berhubung perkara itu selepas pilihan raya separuh penggal yang berlangsung 8 November ini, di mana Parti Demokrat pimpinannya dijangka hilang dominasi kepada Parti Republikan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI