fbpx

“Jihan, lambat lagi ke habis pantang?”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gandingan Nabil dan Kak Lina ternyata mampu menghiburkan penonton

PETALING JAYA – Pengacara konsert Gegar Vaganza (GV), Nabil Ahmad secara berseloroh bertanya bilakah Jihan Musa akan kembali mengemudi rancangan itu.

Difahamkan Nabil berseloroh demikian apabila rakannya, Elly Mazlien atau Kak Lina kelihatan terlalu ‘hyperaktif’ setiap kali mengacarakan konsert yang memasuki minggu ke-6 itu.

“Jihan, kau lambat lagi ke nak habis pantang? Makanlah ikan haruan banyak-banyak. Aku dah tak lalu dengan Kak Lina ni,” ujarnya sebentar tadi.

Sebelumnya, Kak Lina seperti biasa menunjukkan ‘perangai’ aktif di atas pentas setiap kali mengacarakan konsert kegemaran ramai itu.

Rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju malah ada yang inginkan gabungan Nabil-Lina terus dikekalkan untuk musim akan datang.

“Kadang tengok Kak Lina terlalu aktif ni menyampah juga, tapi secara jujurkan aku tengok rancangan ni sebab dia,” tulis @paksuirfan.

“Akao terus eh kau Nabil, depan-depan dia bagi. Tapi bagi aku GV kali ni menarik sebab Kak Lina ada,” jelas @eg9muor.

“Lucu dengan telatah pasangan ni, lagi elok gabung je Kak Lina, Nabil dan Jihan lepas ni. Tengok apa berlaku,” kata @zaibdiyusoff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI