fbpx

Iran tahan 12,500 penunjuk perasaan, 250 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video sebuah yang disiarkan oleh kumpulan hak asasi manusia kelmarin menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan membantah kematian Mahsa di bandar Zahedan, tenggara Iran. - UGC/AFP

TEHERAN –  Sebuah kumpulan hak asasi manusia menyatakan kelmarin bahawa kira-kira 12,500 orang telah ditahan dan lebih 250 yang lain terbunuh dalam protes antikerajaan di Iran susulan kematian seorang gadis berumur 22 tahun, Mahsa Amini.

Amini ditahan oleh polis moral Iran kerana melanggar peraturan pemakaian hijab dan diisytiharkan mati semasa dalam tahanan.

Kematian Mahsa mencetuskan protes di seluruh negara dengan sebilangan wanita membakar tudung dan memotong rambut mereka di khalayak ramai.

Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia (HRANA) berkata, angka korban melebihi 250 orang dan menggesa tentera Iran berhenti menggunakan ‘kekerasan melampau’.

Pusat Hak Asasi Manusia di Iran pula berkata, lebih 3000 orang ditangkap di wilayah Teheran sahaja.

Pada Khamis lalu, ketua Kor Pengawal Revolusi Islam, Mejar Jeneral Hossein Salami berkata bahawa pihaknya semakin hampir untuk menghapuskan saki baki protes di Iran.

Sebagai tindak balas, Kesa­tuan Penulis Iran mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Penindasan terhadap orang yang membantah dengan tangan kosong telah menjadi rutin harian sejak 40 tahun lalu. Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada kanak-kanak pada ming­gu lalu adalah antara detik paling hitam dalam rekod kerajaan sedia ada,” katanya.

Amerika Syarikat, Britain, Kanada, dan Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan ke atas pegawai tinggi dan polis moral berhubung tindakan keras yang dilakukan oleh mereka terhadap penunjuk perasaan di Iran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI