fbpx

Hujan lebat di Kelantan, Pahang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kelantan dan Pahang pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan melaporkan, cuaca buruk berserta angin kencang itu dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

“Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), manakala  Pahang (Pekan dan Rompin).

“Bagaimanapun, bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung termasuk Sabah, cuaca diramalkan dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan,” katanya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI