fbpx

Guru cabul pelajar, mengaku bernafsu lihat tatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GURU itu mengaku pernah mencium pipi tiga pelajar lain. - Adobe Stock

JAKARTA – Seorang guru Sekolah Menengah Pertama (SMP) di Kalimantan Selatan, Indonesia dilaporkan mencabul pelajarnya sendiri di kawasan sekolah, lapor laman berita Suara.com.

Ketua Polis Daerah Banjarbaru, AKPB Dody Harza Kusuma seperti dipetik oleh Ketua Perhubungan Awam, Tajudin Noor berkata, kejadian bermula apabila mangsa meminta izin daripada gurunya, AS, 37, untuk tidak menyertai aktiviti sukan.

“Tanpa disangka, AS menarik mangsa untuk duduk di atas lantai dan memeluknya dari belakang sambil meraba-raba dada dan mencium kawasan sensitif mangsa,” jelas Tajudin.

Akibat diperlakukan sebegitu, mangsa kemudian melarikan diri dari tempat kejadian untuk ke kelas sambil menangis. 

“Ketika di dalam kelas, mangsa ditanya oleh saksi sebelum melaporkan kejadian itu kepada guru dan pengetua sekolah berkenaan,” jelasnya.

Keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu di  Balai Polis Liang Anggang.

Balai Polis Liang Anggang yang diketuai Aiptu Deden A Lesmana menjalankan siasatan berkaitan kes cabul yang dilakukan seorang penjawat awam dan berjaya menahan pelaku.

“Apabila disoal siasat, AS mengaku melakukan perbuatan itu kerana bernafsu ketika mangsa melawatnya dan membincangkan masalah tatu. Pelaku yang melihat tatu mangsa kemudian melakukan perbuatan lucah terhadap mangsa,” katanya.

Menurut pengakuannya, terdapat tiga orang pelajar lain yang dicium oleh pelaku di pipi kanan dan kiri ketika bertemu mereka di sekolah.

Pelaku bersama bukti kini dibawa ke Balai Polis Liang Anggang untuk disoal siasat bagi prosiding undang-undang selanjutnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI