fbpx

EPL: Pemain ‘tiada otak’ – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurgen Klopp.

NOTTINGHAM – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dihimpit rasa bingung apabila melihat prestasi bawah par yang dipamerkan anak buahnya ketika tewas 1-0 kepada pasukan tercorot, Nottingham Forest, semalam.

Perkiraan atas kertas dan peratusan penguasaan bola jelas berpihak kepada The Reds untuk mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut sebaliknya keputusan itu menjadikan Klopp mula hilang idea untuk berikan alasan.

Tonggak pertahanan, Virgil van Dijk menjadi antara pemain yang begitu mengecewakan kerana melepaskan beberapa peluang terbaik untuk mematikan perjuangan Nottingham Forest.

“Daripada segi prestasi, saya boleh jelaskan namun jujurnya saya hilang idea jika ia tentang keputusan. Saya tidak pernah lihat terdapat empat atau lima pemain yang ‘tiada otak’ kerana gagal menyempurnakan peluang dan mematikan perjuangan pasukan lawan,” katanya.

Selepas dihimpit masalah kecederaan, pada perlawanan ini menyaksikan Klopp terpaksa menyisihkan Thiago Alcantara kerana berlaku jangkitan di bahagian telinga manakala Darwin Nunez tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.

Kekalahan ketiga Liverpool musim ini menyaksikan The Reds sekadar menghuni tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, sekadar raih 16 mata daripada 11 perlawanan awal.

“Kami terpaksa melakukan perubahan di saat akhir namun keputusan ini jadi tamparan kepada kami dan saya tidak tahu kenapa kami boleh tewas dalam perlawanan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI