fbpx

Boris Johnson, Rishi Sunak adakan pertemuan empat mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunak (kiri) dan Johnson (kanan) cuba berbincang bagi mencapai persetujuan melantik salah seorang sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu. – AFP

LONDON – Seteru dalam Parti Konservatif, Boris Johnson dan Rishi Sunak mengadakan pertemuan empat mata lewat malam semalam bagi berbincang untuk mencapai persetujuan melantik salah seorang sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu, lapor akhbar The Sun.

Perbincangan itu dilakukan selepas Johnson bergegas pulang dari percutiannya di Caribbean  dan mendakwa beliau mendapat 100 sokongan ahli Parlimen Tory atau Parti Konservatif, cukup untuk membuatkannya tercalon dalam pemilihan kepimpinan.

Ketika perbincangan antara mantan Perdana Menteri Britain dan bekas Canselor Kewangan itu berlangsung, seorang ahli Parlimen, Priti Patel berkata, Johnson merupakan individu yang layak memimpin Britain.

Namun, Sunak menerima sokongan kuat daripada nama-nama besar dalam Parti Konservatif termasuk Kemi Badenoch, yang berkata, beliau adalah pemimpin hebat ketika tempoh krisis.

Bagaimanapun, ahli-ahli Parlimen bimbang ‘perang sivil’ akan berlaku sekiranya kedua-dua pemimpin itu gagal mencapai persetujuan.

“Kedua-dua mereka perlu mengetepikan ego dan mencapai persetujuan untuk kepentingan parti,” kata Setiausaha Pertahanan, Ben Wallace.

Kedua-dua Johnson dan Sunak belum mengumumkan secara rasmi akan bertanding untuk merebut jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun, mereka cuba berunding untuk melihat sama ada dapat mencapai persetujuan demi kepentingan parti. Sekiranya gagal, kedua-duanya dijangka bertanding untuk merebut jawatan tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI