PETALING JAYA – Perkataan yang pernah disebut oleh penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu video beberapa hari lalu kini dijadikan papan tanda.
Terdahulu sayu video telah dihasilkan oleh Menteri Belia dan Sukan itu susulan pengumuman calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di kerusi tersebut.
“Hai Assalamualaikum, bagi sesiapa yang ingin berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dan nak datang ke Tambun.
“Saya nak bagitau sikit. Di Tambun, orang panggil ‘ayor’ bukan ‘ayaq’, terima kasih selamat datang,” perli Faizal.
Terdahulu, Pengerusi PH itu, telah mengumumkan beliau yang sebelum ini penyandang kerusi Parlimen Port Dickson bakal membuat perhitungan dengan Ahmad Faizal di Tambun dalam Pilihan Raya Umum nanti.
Papan tanda yang dipasang di kawasan Parlimen Tambun itu antara lain adalah sebagai senjata bagi Ahli Parlimen yang mesra dipanggil Peja itu sebagai bahan kempennya.- KOSMO! ONLINE.