fbpx

Arteta jangka cabaran sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (kanan) dijangka membarisi kesebelasan utama Arsenal menentang Southampton malam ini. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menjangkakan anak-anak buahnya tidak akan berdepan laluan mudah untuk melebarkan cengkaman selaku pendahulu menjelang aksi bertemu Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. Mary malam ini.

Sebagai rekod, The Gunners berada dalam kelas tersendiri apabila mengharungi musim terbaik dalam sejarah kelab selepas merekodkan sembilan kemena­ngan daripada 10 aksi.

Kata Arteta, rentak positif tersebut wajar diteruskan, tetapi dalam masa yang sama perlu berwaspada dengan ancaman The Saints kerana berpotensi untuk mencipta kejutan.

“Kami menjangkakan aksi yang sukar kerana setiap aksi bertemu Southampton, mereka memberi cabaran tersendiri. Malah, saya tidak mahu meluahkan keyakinan meskipun mereka gagal pamer rentak konsisten musim ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali dari Sepanyol itu turut mengesahkan beberapa pemain utama seperti Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Oleksandr Zinchenko tidak mengalami sebarang kecederaan dan boleh diturunkan nanti.

“Saka dan Martinelli telah mengharungi jadual yang padat. Selepas aksi Liga Europa lalu, mereka tidak mengalami kece­deraan dan boleh diturunkan.

“Situasi sama melibatkan Zinchenko, tetapi dia mendapat tentangan sengit Kieran Tierney serta Takehiro Tomiyasu,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI