fbpx

Amaran ribut petir di 6 buah negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan enam buah negeri sehingga pukul 10 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang yang dijangkakan akan melanda seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Labuan.

Selain itu turut terlibat, beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Negeri Sembilan cuaca buruk melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

” Manakala di Sarawak hujan lebat dijangka berlaku di Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI