fbpx

68,988 kanak-kanak di Papua Barat masih tidak bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMBAHAN bilangan guru dijangka menyelesaikan masalah keciciran pelajaran dalam kalangan kanak-kanak di Papua Barat. - okezone

JAKARTA – Ketua Pasukan Pengendalian Percepatan Pendidikan Wilayah Papua Barat, Dr. Ir. Agus Irianto Sumule memaklumkan bahawa penambahan bilangan guru mampu menyelesaikan masalah 68,988 kanak-kanak yang keciciran pelajaran di wilayah itu, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Agus memaklumkan bahawa jumlah kekurangan guru di wilayah itu ialah seramai 5,507 orang untuk 137 kelas.

Bilangan itu meliputi kekurangan tenaga pengajar di sekolah dan tidak termasuk persediaan guru untuk kanak-kanak luar sekolah.

“Sekitar 68,988 orang yang tidak bersekolah di Papua Barat memerlukan guru dan perkara ini harus difikirkan bersama,” kata Agus ketika membuat pembentangan di daerah Sorong. 

Agus menjelaskan bahawa jumlah kanak-kanak yang tidak bersekolah itu terbahagi kepada dua kawasan iaitu di Bomberai dan Doberai. 

Kawasan Bomberai meliputi daerah FakFak, Kaimana dan Teluk Bintuni. Teluk Bintuni ialah penyumbang terbesar iaitu 5,598 anak tidak bersekolah, diikuti Kaimana seramai 4,588 orang dan Fakfak 4,318 kanak-kanak.

“Sementara itu di Doberai, daerah Manokwari merupakan penyumbang terbesar jumlah kanak-kanak tidak bersekolah sebanyak 12,804 orang, kemudian Pergunungan Arfak dengan 8,508 orang, manakala Kota Sorong dengan jumlah 6,577 orang tidak bersekolah,” jelas Agus.

Susulan daripada pembentangan itu, Pemangku Gabenor Papua Barat, Paulus Waterpauw berkata, kadar keciciran pelajaran yang tinggi di Papua Barat jika dibiarkan, akan menjejaskan kadar pengangguran pada masa hadapan.

“Jika pelabur masuk dan mencipta peluang pekerjaan, bagaimana anak-anak kita mahu bekerja jika mereka tidak mendapat pendidikan formal,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI