fbpx

1 maut, 1 parah dirempuh pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Nasib malang menimpa dua wanita melintas jalan apabila dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Banting – Kajang (Jalan Reko) berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat, di sini, semalam.

Ekoran insiden itu, satu mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Serdang manakala seorang lagi mangsa cedera parah sedang menerima rawatan di Hospital Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.15 malam berkenaan insiden tersebut yang dikatakan suspek turut merempuh beberapa kenderaan yang lain.

“Dalam kejadian ini suspek dari Kajang Sentral menuju pulang ke rumah Di Taman Sri Langat, namun apabila sampai di tempat kejadian, suspek telah melanggar dua wanita tempatan yang sedang melintas jalan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar bagaimana kejadian kemalangan telah berlaku, sama ada terdapat unsur lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, suspek telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang dan hasil ujian kandungan alkohol dijalankan terhadap suspek adalah positif dibawah pengaruh alkohol.

“Kertas siasatan telah dibuka dan mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh hubungi balai polis yang berdekatan di sini, atau Inspektor Mohd Feaisal Bin Mokhtar di talian 012-9454655 bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI