fbpx

Warga emas maut kebakaran, pasang lilin jimat elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Ah Nya yang ditemui maut di kediamannya di Kampung Teluk, Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Seorang warga emas maut manakala kakaknya cedera setelah rumah mereka di Kampung Teluk di sini terbakar pada pukul 5.45 pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Hudri Mohd. Arshad berkata, mangsa yang cedera, Tan Boy Soo, 74, serta Tan Ah Nya, 69, telah lama menghuni rumah itu yang dibuat daripada papan dan simen tersebut.

“Siasatan awal mendapati, Boy Soo berjaya diselamatkan, manakala adiknya, Ah Nya terperangkap kerana api marak.

“Mayat mangsa ditemui di lantai ruang tamu dan punca kematian dipercayai sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jiran mangsa memaklumkan kepada pasukan penyelamat dia terjaga daripada tidur kerana terhidu asap kira-kira pukul 5 pagi.

“Sebaik terjaga, mereka pergi ke rumah mangsa dan mendapati bahagian ruang tamu rumah itu terbakar. Mereka menendang pintu jeriji pintu untuk masuk menyelamatkan Boy Soo.

“Adik mangsa tidak dapat diselamatkan kerana api marak,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal juga mendapati punca kebakaran dipercayai daripada api lilin. Rumah mangsa mempunyai bekalan elektrik, namun mereka mengunakan lilin pada waktu malam untuk menjimatkan penggunaan bil.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI