fbpx

TikTok larang kumpul dana ketika penstriman langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian Syria, Mona dan enam anak perempuannya meminta hadiah digital (derma wang tunai) semasa melakukan penstriman langsung TikTok. - BBC

RIYADH – Gergasi platform kandungan media sosial popular, TikTok mengenakan larangan membuat penstriman langsung bagi pengguna di bawah umur 18 tahun bermula 23 November ini, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Penguatkuasaan larangan itu adalah susulan beberapa laporan siasatan oleh Badan Penyiaran British (BBC) mengenai kes melibatkan kanak-kanak Syria di kem pelarian yang menggunakan platform TikTok sebagai ruang ‘meminta sedekah’.

Menurut laporan BBC, ada di antara mereka yang berjaya meraih ‘derma’ sehingga AS$1,000 (RM4,737) dalam masa sejam penstriman langsung dibuat.

Namun begitu, apabila pemilik akaun mahu menukar wang tersebut menjadi tunai, TikTok dilaporkan telah mengenakan ‘cukai’ 70 peratus daripada jumlah keseluruhan wang yang dikumpul.

TikTok berkata bahawa ia akan mengambil tindakan segera terhadap ‘pengemis yang mengeksploitasi’ platform tersebut.

Ia juga menambah bahawa jenis kandungan berkaitan pengumpulan derma atau dana adalah tidak dibenarkan di platformnya dan komisen yang diambil daripada hadiah digital adalah kurang daripada 70 peratus.

Lebih 30 akaun yang menggunakan kanak-kanak untuk mengemis dilaporkan kepada TikTok dan syarikat itu bertindak memadamkan video berkenaan.

Namun TikTok memaklumkan bahawa tiada sebarang pelanggaran isi kandungan telah berlaku.

“Kandungan jenis ini (derma atau dana) tidak dibenarkan di platform kami kerana ia telah melanggar Garis Panduan Komuniti.

“Kami sedang berusaha untuk mengukuhkan dasar global kami mengenai pengemis yang mengeksploitasi, untuk memastikan tiada pengguna digunakan sebagai cara untuk meningkatkan hadiah semasa penstriman langsung,” kata jurucakap TikTok. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI