fbpx

Thailand buka lebih 1,000 klinik ganja tahun ini, rawat lebih 10,000 pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAKIT menunggu semasa pembukaan klinik ganja di Bangkok pada 6 Januari 2020. - AFP

BANGKOK – Thailand menyaksikan pembukaan lebih 1,000 klinik ganja pada tahun ini berikutan keputusan kerajaan membenarkan penggunaan kanabis secara meluas di seluruh negara, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand memaklumkan bahawa dalam 1,026 klinik ganja yang dibuka pada tahun ini, 929 daripadanya dikendalikan secara langsung oleh pihaknya.

Bagi mengelak akibat yang tidak diingini daripada kebenaran penggunaan pokok ganja, kementerian itu berkata bahawa klinik itu juga berfungsi sebagai unit penyelidikan.

Penyelidikan tersebut kini merangkumi lebih 60 kajian tentang faedah penggunaan ganja untuk merawat pesakit yang mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk gangguan tidur, sakit kronik dan penurunan selera makan oleh pesakit kanser tahap akhir.

Sekurang-kurangnya lima rawatan berasaskan kanabis dalam senarai ubatan penting negara menggunakan kajian-kajian tersebut sebagai sumber dalam cadangan mereka.

Sejak awal tahun ini, kementerian itu memaklumkan bahawa bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan berasaskan kanabis telah meningkat sebanyak 142 peratus atau lebih 10,000 pesakit di seluruh negara.

Kerajaan Thailand telah mengeluarkan pokok ganja daripada senarai narkotik yang diharamkan pada 6 Jun lalu – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI