fbpx

RM426,450 melayang ditipu “Sarjan Ong”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU PAHAT – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM426,450 selepas ditipu seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai “Sarjan Ong” daripada Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Perak.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa yang berusia 71 tahun sebelum itu mendapat panggilan daripada suspek pada Ogos lalu mendakwa sebagai pegawai polis.

Katanya, suspek memperkenalkan diri sebagai “Sarjan Ong” memberitahu mangsa mempunyai hutang dengan pihak bank sebelum panggilan disambungkan kepada “Datuk Seri” yang mengatakan pengadu juga terlibat jenayah dadah.

“Suspek kemudian menawarkan mangsa bantuan untuk menyelesaikan kes yang mangsa hadapi dengan membuat pembayaran ke akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini

Menurutnya, mangsa yang percaya dengan dakwaan suspek membuat empat kali pembayaran menerusi mesin ATM dan sekali transaksi secara dalam talian yang semuanya dilakukan pada Khamis.

Ujarnya, semua pembayaran dan transaksi tersebut melibatkan jumlah RM426,450.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.

“Pihak polis memasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI