PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri sehingga pukul 5 petang ini.
Menurut MetMalaysia, di Semenanjung Malaysia, dua negeri terlibat adalah negeri Pahang (Rompin) manakala Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Seterusnya, bagi Sarawak, Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
“Manakala Sabah, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya dalam hantaran Facebook. – KOSMO! ONLINE