fbpx

PRU15: Tanah rancangan Felda di Bera kubu kuat BN -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan penduduk sekitar Felda Gugusan Tembangau pada Program Moh Ngeteh Bersama Komuniti Gugusan Tembangau, di Bera, hari ini.

BERA – Tanah Rancangan Felda dalam Parlimen Bera masih merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Perkara ini diakui Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila kerusi BN tidak pernah kalah dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini terutamanya di Felda Gugusan Tembangau.

“Kalau ditakdirkan, dengan izin Allah, saya akan bertanding lagi sebagai calon Parlimen Bera, saya tahu Gugusan Tembangau ini merupakan kubu kuat saya di Bera ini.

“Saya tidak pernah kalah di Gugusan Tembangau. Kalau dulu undi majoriti ialah 600, jadi Insya Allah, kalau ikut sasaran boleh dapat 1,000 majoriti,” katanya semasa Program Moh Ngeteh Bersama Komuniti Gugusan Tembangau, di Felda Tembangau 3, Bera, hari ini.

Lebih 1,500 penduduk di sekitar Felda Gugusan Tembangau hadir ke program itu untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Pada program itu Ismail Sabri meluluskan sebanyak RM200,000 kepada Masjid Felda Tembangau bagi pembinaan Balai Lintang untuk kemudahan musafir bermalam sekiranya mereka berada di kawasan tanah rancangan itu.

Ismail Sabri berkata, walaupun UMNO Cawangan di Felda tersebut tidak mensasarkan jumlah majoriti kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun beliau yakin memperolehi kemenangan majoriti berdasarkan hubungan baiknya dengan penduduk di situ. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI