fbpx

Pihak berkaitan perlu dilandasan sama, atasi isu aset pertahanan usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin bersama warga Kem Lok Kawi ketika lawatan kerja ke kem berkenaan hari ini. - Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kementeriannya, Kementerian Kewangan serta semua pihak berkaitan perlu berada di landasan sama dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan aset pertahanan usang yang dihadapi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Semua pihak terlibat perlu tahu keutamaan dalam soal pertahanan negara selain menjaga kebajikan anggota tentera.

Hishammuddin bersama warga Kem Lok Kawi ketika lawatan kerja ke kem berkenaan hari ini.

“Kita tidak boleh bercakap mengenai aset pertahanan hari ini tetapi dalam masa sama mahu cari berbilion ringgit untuk membina rumah, hospital untuk anggota malahan sekolah untuk anak anggota kita juga perlu dibincangkan.

“Selain itu, memiliki banyak aset namun tiada duit untuk penyelenggaraan juga suatu isu.

“Oleh itu, kita harus mencari pendekatan yang menyeluruh dan segalanya berkisar tentang kestabilan negara.

Hishammuddin bergambar kenangan bersama warga kem.

“Sekiranya negara stabil, kita akan lebih mudah membuat perancangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena lawatan kerja ke Kem Lok Kawi hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan, dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Terdahulu, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata aset TLDM sudah berusia serta kurang daya tempur dan tanpa peruntukan mencukupi menjejaskan keupayaan untuk mengekalkan tahap kesiagaan keselamatan tinggi dan bertindak terhadap sebarang ancaman.

Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan kerajaan juga pada masa ini sedang berusaha untuk mendapatkan kumpulan kedua Littoral Mission Ship (LMS) lengkap dengan persenjataan yang sesuai bagi mengatasi isu aset usang TLDM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI