fbpx

Naik kapal terbang mahal, naik kereta pula sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI yang ambil kesempatan untuk balik kampung bagi mengundi pada 19 November depan.

Khamis lalu selepas diumumkan tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu hari mengundi yang jatuh pada 19 November ini (Ahad), kecoh di dalam media sosial apabila ramai yang terkedu melihat harga tiket kapal terbang balik kampung naik mencanak.

Tiket penerbangan balik ke Kota Bharu, Kelantan dari Subang pada malam Rabu yang berharga RM85 menjadi RM425 sehala selepas pengumuman tarikh mengundi.

Ramai yang tepuk dahi hendak balik kampung pada pada tarikh 18 November hingga 20 November nanti untuk mengundi.

Kata seorang pengguna Twitter yang mahu ke balik ke Tawau, Sabah dari Kuala Lumpur, tambang sehala yang dikenakan adalah RM1,016 bagi tarikh 18 November dan 20 November.

“Harga tambang (mahal) yang perlu dibayar untuk balik mengundi, sekarang kena berkira-kira hendak balik atau tidak (untuk membuang undi),” jelasnya.

Bagi perantau yang mahu pulang ke Pantai Timur pula, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak yang mereka kena hadap, mesti sesak keadaannya untuk tempoh tiga hari ‘panas’ tersebut.

Tiket sehala ke Kota Bharu yang berharga RM425 dilihat sangat tidak berbaloi. Baiklah kita menghadap kesesakan secara berjemaah seperti pulang ke kampung berhari raya.

Orang Pantai Timur memang kalis ‘jem’ di Karak ibarat masa itu sahaja serik, tetapi bila tiba di kampung semua penat ‘hilang’.

Balik mengundi nombor dua, nombor satu balik kampung ‘lihat suasana’ paling seronok.

Paling kasihan orang Sabah dan Sarawak. Jika tiket penerbangan ke sana nanti naik mencanak diibaratkan seperti bercuti ke Doha, Qatar seperti kata seorang netizen di media sosial.

Setakat petang semalam, carian penulis mendapati, tiket penerbangan untuk ke Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah naik perlahan-lahan antara RM400 hingga RM500 bagi penerbangan sehala.

Harga itu dianggap ‘boleh toleransi’ lagi bagi perjalanan sehala ke sana.

Kelmarin sebuah syarikat penerbangan tempatan membuat kempen ‘Jom Balik Mengundi’ dengan memberikan tawaran diskaun sebanyak 20 peratus kepada orang ramai yang ingin membeli tiket.

Tawaran diskaun itu bagi tarikh 11 November hingga 27 November ini. Sama ada diskaun itu bagi harga tiket yang naik selepas pengumuman PRU15, itu tidak pasti.

Apa yang pasti harga yang terpampang pada laman web semua syarikat penerbangan bagi semua negeri telah naik.

Kalau diskaun yang diberikan selepas harga naik umpama menanam tebu di tepi bibir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI