fbpx

Liverpool diaibkan kelab tercorot EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWONIYI (dua dari kanan) muncul wira Forest apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Liverpool di City Ground sebentar tadi. - AFP

NOTTINGHAMSHIRE – Liverpool tewas mengejut 0-1 kepada pasukan yang menghuni kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Notthingham Forest di City Ground sebentar tadi.

Lebih memalukan apabila ia adalah kekalahan pertama The Reds kepada Forest dalam tempoh 26 tahun selepas pernah diaibkan dengan keputusan sama pada 23 Mac 1996.

Kekalahan di tangan pendatang baharu EPL itu menjejaskan peluang Liverpool yang berhasrat untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas apabila kekal di tempat ketujuh ketika ini.

Ketiadaan penyerang Uruguay, Darwin Nunez ternyata meninggalkan impak besar kepada jentera serangan Liverpool untuk menewaskan penjaga gol Forest, Dean Henderson.

Biarpun memegang lebih 70 peratus penguasaan padang tetapi skuad bimbingan Jurgen Klopp itu hanya berupaya melakukan tujuh percubaan tepat daripada keseluruhan 15 sepanjang 90 minit perlawanan tersebut.

Sebaliknya, penyerang Nigeria, Taiwo Awoniyi mencuri tumpuan apabila muncul wira Forest dengan gol tunggal perlawanan pada minit ke-55.

Kejayaan tersebut amat bermakna buat skuad bimbingan Steve Cooper itu yang akhirnya berjaya menamatkan kemarau sembilan perlawanan EPL berturut-turut tanpa sebarang kemenangan.

Kali terakhir Forest merakam kemenangan dalam kancah EPL adalah ketika menumpaskan West Ham United 1-0, juga di City Ground pada 14 Ogos lalu.

Liverpool perlu terpaksa menanggung hakikat perit apabila mencatat kekalahan pertama daripada tiga perlawanan dalam semua kejohanan sejak tewas 2-3 kepada Arsenal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI