fbpx

KPKT fokus pembinaan PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL MERICAN (tiga dari kiri) menerangkan mengenai projek PPR Bera pada Majlis Pecah Tanah Program Prumahan Rakyat (PPR) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bera, hari ini.

BERA – Kerajaan memfokuskan pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikan aspek ketersediaan perumahan rakyat dipenuhi khusus bagi memanfaatkan golongan B40 bagi mencapai hasrat ‘Satu Keluarga Satu Rumah’.

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pembangunan projek PPR ini adalah selari dengan agenda kerajaan dalam memastikan 500,000 unit rumah mampu milik dapat disediakan di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12.

“Sebanyak 156 projek PPR yang meliputi hampir 100,000 unit kediaman dengan peruntukan berjumlah RM8.6 bilion telah dibangunkan sehingga 31 Ogos tahun ini.

“Bagi projek PPR di Bera pula, sebanyak RM234 juta diperuntukan bagi membangunkan PPR Bera di atas tanah seluas 36 hektar meliputi 1,000 unit rumah jenis teres satu tingkat termasuk 10 unit rumah bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“PPR ini bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti masjid, taska, dewan serbaguna tetapi juga sebuah ‘fibre to the home’ (FTTH) akan dipasang di setiap unit rumah PPR di sini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Program Prumahan Rakyat (PPR) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bera, hari ini.

Ujarnya, kerajaan sentiasa peka dengan keadaan ekonomi semasa dan kebajikan rakyat menyaksikan bermula April 2022, kadar kelayakan permohonan PPR telah dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.

“Projek PPR Bera ini dilihat sebagai satu manifestasi dan kerjasama erta di antara kerajaan Persekutuan Dan kerajaan negeri dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa dan mampu milik kepada keluarga Malaysia.

“Kerajaan Persekutuan akan membantu dari segi pemberian subsidi dan kerajaan negeri akan menyediakan tanah, selaras dengan keputusan Majlis Perumahan Milik Negara (MPMMN) bagi merealisasikan rumah mampu milik,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican berkata, negeri Pahang merupakan negeri yang mempunyai bilangan projek PPR tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 31 buah projek yang menyumbang kepada lebih 4,000 unit rumah.

Ujarnya, setakat ini, sebanyak tiga buah projek PPR di Pahang dalam proses pembinaan iaitu di PPR Tahan Jerantut, Rumah Malaysia Lanchang Dan PPR Beserah Sungai Karang, Kuantan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI