NEW DELHI – Pentadbiran bandar raya Delhi, India mengumumkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda IDR200 (RM11) bagi mana-mana individu yang dikenal pasti bermain mercun sempena sambutan Hari Deepavali hujung minggu ini, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.
Amaran tersebut dibuat bagi mengekang pencemaran udara yang lebih serius melanda ibu negara India itu.
Delhi adalah ibu kota dengan pencemaran udara paling teruk di dunia.
Peraturan itu adalah sebahagian daripada larangan yang lebih meluas terhadap penggunaan mercun yang diumumkan pada September lalu untuk membantu membendung pencemaran udara yang melampau.
Pelbagai faktor seperti pelepasan kilang, asap lalu lintas, dan corak cuaca secara amnya menyumbang kepada tahap pencemaran yang tinggi di bandar tersebut
Udara menjadi sangat toksik setiap kali tibanya musim sejuk apabila petani di negeri jiran membakar tunggul tanaman.
Pembakaran bunga api dan mercum semasa sambutan Deepavali memburukkan kualiti udara kerana kelajuan angin yang rendah memerangkap bahan pencemar di bahagian atmosfera lebih rendah.
Tahun ini juga, kualiti udara Delhi dijangka menurun kepada kategori sangat teruk menjelang perayaan Deepavali pada 24 Oktober ini. – Agensi