fbpx

Iedil Putra atau Iedil Dzuhrie?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Iedil, dia enggan menimbulkan kekeliruan dan sudah memohon kepada Instagram untuk menukar nama akaunnya kepada Iedil Dzuhrie.

PETALING JAYA – “Sebelum ini guna nama Iedil Putra tetapi sekarang ditukar kepada Iedil Dzuhrie Alaudin.”

Demikian penjelasan bintang filem Terbaik Dari Langit itu mengenai kekeliruan ramai tentang nama pentas yang diguna pakai ketika ini.

Kata Iedil, kedua-dua nama yang digunakan sebelum ini dan sekarang diambil daripada nama penuhnya iaitu Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin.

“Sebenarnya Iedil Dzuhrie itu juga nama asal saya dan sudah empat tahun menggunakannya apabila mula berkecimpung sebagai anak seni di Jakarta, Indonesia.

“Pertukaran itu dilakukan kerana terlalu ramai guna nama Iedil Putra dan juga sebagai tanda tribute kepada nama arwah ayah, Tengku Alaudin,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akbar drama Ijab Kabut baru-baru ini.

Bercerita lanjut, dia juga masih dalam usaha untuk menukar namanya dalam media sosial iaitu akaun Instagram.

“Dalam tempoh empat tahun, sudah berkali-kali saya meminta Instagram untuk tukar nama tersebut tetapi sehingga sekarang tiada sebarang maklum balas.

“Hari-hari saya mesej Instagram tetapi tidak berbalas. Jika ada yang tahu caranya, tolong bantu saya sebab benda ini jadi kekeliruan ramai.

“Di Indonesia pun saya sudah perlahan-lahan guna nama baru tersebut dan mula dikenali sebagai Iedil Dzuhrie,” katanya lagi.

Berkongsi tentang perjalanan karier, dia kini berulang-alik antara Malaysia dan Jakarta.

“Alhamdulillah rezeki berlakon di sana juga meriah namun saya tidak melupakan kerjaya seni di sini.

“Jika ada projek di sini, saya akan pulang ke tanah air,” ujarnya yang juga merupakan bintang utama filem Interchange.

Untuk rekod, Iedil mendirikan rumah tangga dengan pelakon Indonesia, Prisia Nasution pada tahun 2016.

Menerusi drama Ijab Kabut terbitan Viu Malaysia, Iedil, 38, turut bergandingan bersama Azira Shafinaz dan Fadlan Hazim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI