PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Sichuan, China pada pukul 1.17 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 5.3 skala Richter.
“Kejadian gempa itu berlaku di 29.5 darjah utara dan 102.0 darjah timur.
“Pusat gempa bumi itu terletak di 244 kilometer (km) Barat Daya dari Chengdu, China dengan kedalaman 61 km,” katanya.
Menurut MetMalaysia, susulan kejadian gempa bumi berkenaan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE