fbpx

EPL: Fulham catat kemenangan terbesar selepas sembilan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FULHAM berjaya menewaskan Villa 3-0 pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Fulham, Marco Silva menyatakan rasa puas hati selepas skuad kendaliannya menewaskan Aston Villa 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage awal pagi semalam.

Tiga gol hasil jaringan Harrison Reed, Aleksandar Mitrovic serta gol sendiri Tyrone Mings memastikan Fulham mencatat kemenangan terbesar mereka untuk saingan Liga Perdana dalam tempoh sembilan tahun.

Silva berkata, beliau sangat gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya selepas mendominasi sepenuhnya permainan selain mencipta banyak peluang menjaringkan gol, terutamanya di separuh masa pertama.

“Kami bermain sangat baik pada malam ini (semalam) kerana pasukan mencipta banyak peluang selain menguasai permainan. Saya gembira dengan aksi keseluruhan, lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama.

“Aksi malam ini (semalam) sama seperti ketika kami berdepan Liverpool dan Brentford walaupun ianya adalah perlawanan berbeza. Secara jujur, saya tidak jangka kami boleh bermain sebaik ini,” katanya.

Walaupun berjaya mengutip tiga mata, namun beliau tetap menghormati kemampuan Villa apabila memuji barisan pemain pasukan pelawat itu, terutamanya penjaga gol, Emiliano Martinez yang beraksi cemerlang.

“Mereka adalah pasukan yang baik dan datang dengan misi untuk dapatkan tiga mata. Saya kagum dengan semangat serta keyakinan yang ditunjukkan mereka dan sebab itulah kami tidak boleh leka sepanjang perlawanan,” ujar Silva. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI