fbpx

 Biawak panik dikejar pemuda Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biawak Komado yang bersaiz agak besar kelihatan panik apabila dikejar oleh seorang lelaki yang sedang duduk di tepi jalan.

PETALING JAYA – Seorang pemuda yang bekerja di Felda Umas Tawau sedang duduk di tepi jalan sebelum seekor biawak komodo tiba-tiba muncul di sebuah parit menyebabkan dia mengejar binatang tersebut, semalam.

Seorang pengguna TikTok, Mr_Haikal yang dipercayai berasal daripada Sabah, memuat naik video tersebut menerusi akaun miliknya dan berjaya meraih lebih daripada dua juta tontonan.

“Sebenarnya saya sedang duduk tepi jalan itu. Agak terkejut dengan kemunculan mendadak biawak tersebut, apalagi, saya pun kejarlah,” kata pemuda yang bekerja dalam sektor perladangan itu.

Susulan itu, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat biawak yang terlihat agak panik untuk menyelamatkan diri daripada dikejar.

“Akhirnya, dia membuka teknik menghilangkan diri tanpa jejak,” ujar seorang pengguna.

“Biawak itu panik sangat sehingga terlupa untuk menggunakan teknik menghilangkan diri. Padahal daripada awal, dia boleh saja melakukannya,“ komen seorang pengguna yang lain

Menerusi video tersebut, terlihat seekor biawak komodo berusaha melarikan diri dan mencuba untuk memanjat pokok sawit namun terjatuh lantas memaksanya berlari di darat sebelum menghilangkan diri dalam sebuah parit ladang kelapa sawit.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memuji teknik rakaman pemuda tersebut dan menyarankannya mengubah kerjaya kepada jurugambar.

“Wah, abang patut kerja jadi jurugambar filem aksi ni. Gambar tengah berlari mengejar biawak pun, video masih jelas,” tulis seorang pengguna di TikTok.

“Abang salah bidang ni. Sepatutnya abang menjadi jurugambar kumpulan paranormal. Teknik agak bagus, fokus rapat dan bukan terus mengalihkan fokus sewaktu berlari,” ujar seorang pengguna lain.

“Eh, kenapa dia melarikan diri sebijik seperti rakan saya yang enggan membayar hutang?” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI