fbpx

Arsenal susun langkah sempurna, mara di Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA (kiri) muncul wira Arsenal apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan PSV pada aksi Liga Europa awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji aksi matang yang ditampilkan barisan pemainnya ketika menewaskan PSV Eindhoven 1-0 dalam sai­ngan Kumpulan A Liga Europa di Emirates awal pagi semalam.

Gol kemenangan hasil jari­ngan pemain tengah, Granit Xhaka turut memastikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itumengesahkan slot ke pusingan kalah mati pada saingan Eropah tersebut.

PSV dianggap sebagai pencabar terkuat The Gunners dalam saingan Liga Europa musim ini apabila mereka sering menewaskan lawan dengan jaringan cukup besar, tidak kira berdepan pasukan mana sekali pun.

“Kami menampilkan aksi cukup baik hari ini (semalam) kerana mereka adalah pasukan yang sangat baik. Bagaimanapun, Arsenal menunjukkan karakter sebenar apabila berjaya mendominasi permainan.

“Mungkin kami agak kurang dari segi hantaran untuk menghasilkan jaringan, tetapi saya gembira kerana kami dapat me­ngutip tiga mata. Sekarang kami sudah layak (pusingan kalah mati) dan ia adalah langkah pertama,” kata Arteta.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan pemain sayap, Bukayo Saka tidak berdepan kece­deraan serius meskipun dia dilihat menanggung kesakitan selepas diterjah pemain lawan.

“Mungkin dia ada kecede­raan kecil selepas diterjah dan kelihatan agak terhincut-hincut. Saya harap dia tidak ada ba­nyak masalah dengan kecederaan tersebut kerana kami amat perlukan khidmatnya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI