fbpx

10 lagi mangsa sindiket tipu kerja di Kemboja dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa sindiket penipuan kerja Kemboja selamat tiba di KLIA2 semalam.

PUTRAJAYA- Seramai 10 lagi rakyat Malaysia yang berdepan detik hitam di Kemboja apabila menjadi mangsa penipuan sindiket kerja di negara itu berjaya di bawa pulang ke tanah air semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, kesemua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 11.50 malam menerusi pesawat AK535.

Sejurus tiba, kesemua mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sehingga 21 Oktober 2022 (semalam), seramai 313 warga Malaysia diselamatkan dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

“Daripada jumlah itu, seramai 255 orang dihantar pulang manakala bakinya 58 orang lagi masih ditahan di depoh tahanan imigresen negara berkenaan sementara menunggu proses pengusiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kementerian Luar Negeri merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh dan kerajaan Kemboja kerana terus mengambil tindakan proaktif bagi menyelamat dan mempercepatkan urusan penghantaran pulang mangsa.

“Kementerian melalui perwakilan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan negara berkenaan akan terus bekerjasama serta menggiatkan usaha bagi menangani isu sindiket jenayah itu.

“Pada masa sama, warga Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pekerjaan diterima terutamanya melalui media sosial bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa sindiket tersebut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI