fbpx

Wawa Zainal ditegur, pakai tudung nampak leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA tudung diikat ke belakang yang dipakai Wawa Zainal mengundang teguran daripada netizen agar dia menitikberatkan soal penjagaan aurat dengan baik.

PETALING JAYA – “Mula-mula dulu elok sahaja pakai tudung labuh tutup semua, suka tengok.”

Demikian komen netizen selepas melihat imej dan gaya tudung dipakai pelakon Wawa Zainal yang dikatakan perlahan-lahan mula berubah.

Semuanya gara-gara gaya tudung dipakai isteri pelakon Aeril Zafrel itu menampakkan bahagian leher dan hujung telinganya dalam satu perkongsian Instagram.

“Ala, kenapa pakai tudung macam itu Wawa? Nampak telinga, rambut dan leher. Sedih,” luah seorang netizen.

Tidak kurang juga ada yang menegur pelakon filem Tujuh Petala Langit itu kerana menampakkan auratnya kepada umum.

“Puan Wawa, janganlah bagi tunjuk leher sama telingamu. Tahu itu aurat. Sayang bha sama kau,” tegur netizen lain.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Wawa memuat naik beberapa keping gambar dan video menyanyi lagu Kill This Love nyanyian kumpulan Blackpink bersama anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5.

Dalam video tersebut, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, memakai sehelai selendang yang diikat ke belakang dengan fesyen baju berwarna-warni ketika menjalani sesi fotografi untuk produk keluarannya, Wawa Cosmetics.

Bagaimanapun, Wawa tidak memberi respons terhadap semua komen netizen yang menegur tentang auratnya.

Dalam pada itu, perkongsian pelakon asal Lahad Datu, Sabah itu juga menarik perhatian peminat lain yang memuji kecantikan dia dan Hayla.

“Fotogenik betul. Comel!” komen seorang peminat.

Sebelum ini, Wawa dan suaminya kerap kali menjadi perhatian netizen gara-gara gaya hidup mewah mereka seperti hadiah kereta mewah dan bercuti ke luar negara.

Sekitar Jun lalu, pasangan itu pernah menjadi bualan kerana berkongsi resit bayaran ketika menikmati hidangan stik mewah di sebuah restoran milik tukang masak popular, Salt Bae di London, England yang berharga £1,791.70 (RM10,065.54). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI