fbpx

Wanita pilih lamar kekasih dianggap tidak tahu malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCHA melamar teman lelakinya, Brar pada Julai lalu. - Carters News Agency

WASHINGTON – Seorang wanita teruja apabila berkongsi video lamaran perkahwinannya di TikTok tetapi mendapat maklum balas yang negatif di ruangan komen, lapor akhbar New York Post semalam.

Sukhmin Garcha, 27, membawa kelainan apabila melamar pasangannya, Shiraz Brar, 27, pada Julai lalu.

“Saya sentiasa terbuka untuk melamar. Saya pada awalnya gementar mengenainya dan mahu mencari masa yang sesuai untuk melakukannya,” kata Garcha kepada agensi berita Caters News Agency.

Pada ketika itu, teman lelakinya menampilkan senyuman yang besar di wajahnya, selain ahli keluarganya sangat menyokong tentang keputusan untuk melamar.

“Saya menerima banyak komen negatif di TikTok. Kebanyakan mereka berkata, ‘lebih baik saya mati’, ‘dia tidak mempunyai harga diri’ atau sebagainya.

“Komen negatif itu kebanyakannya diutarakan oleh wanita dan ia sangat mengejutkan. Ramai lelaki pula besetuju apabila dilamar oleh wanita,” katanya.

Walaupun menyaksikan komen negatif, Garcha tetap menggalakkan wanita lain untuk melamar apabila mereka bersedia. 

Selepas video itu tular, Brar memaklumkan bahawa dia sudah bersedia untuk melamar sejak sebulan lalu tetapi Garcha bertindak lebih awal.

“Saya percaya kita perlu melanggar norma dan menjalani kehidupan dengan potensi penuh. Dalam dunia ini terlalu banyak perkara negatif, kita harus memilih untuk menyebarkan kebaikan dan kasih sayang,” tambahnya. – Agensi .

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI