fbpx

Tiga lelaki terselamat dalam kebakaran rumah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses pemadaman kebakaran melibatkan rumah kedai di Jalan Datuk Haji Eusoff awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki warga asing berjaya diselamatkan dalam kebakaran melibatkan rumah kedai berhampiran sebuah kedai serbaneka di Jalan Datuk Haji Eusoff di sini awal pagi tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Mohd. AlHafiz Asmuni berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut sekitar pukul 1.31 pagi.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada pukul 1.39 pagi dan mendapati kebakaran itu melibatkan bangunan rumah kedai di tingkat tiga.

“Operasi pemadaman segera dilakukan sehingga kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 1.52 pagi,” katanya.

Katanya, siasatan pihak bomba mendapati, terdapat dua bilik yang terbakar sepenuhnya.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan oleh pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta bantuan BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Titiwangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI